FUNGSI
Unit Audit Dalam Bertindak Sebagai Satu Entiti Bebas Yang Memberi Kepastian Dan Khidmat Perundingan (Assurance And Consulting) Secara Objektif Untuk Menambah Nilai Serta Membantu Meningkatkan Keberkesanan Tadbir Urus, Memastikan Kepatuhan Terhadap Peraturan Dan Piawaian, Menilai Risiko Terhadap Pengurusan Dan Kawalan Dalaman Serta Menyarankan Langkah Penambahbaikan Untuk Memperkukuhkan Kecekapan Operasi Universiti.
Kemas Kini: 17 April 2025
PERANAN
- Menilai kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman, merangkumi pengurusan risiko dan tatakelola Universiti.
- Menilai tahap pematuhan terhadap dasar, arahan dan peraturan melibatkan kewangan dan operasi serta pengurusan program, projek, aktiviti dan sistem ICT, bagi memastikan ia diuruskan dengan teratur dan cekap selaras dengan objektif yang ditetapkan.
- Menyediakan Rancangan Audit Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Jawatankuasa Audit Universiti.
- Membentangkan Rancangan Audit Tahunan dan hasil pengauditan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit Universiti.
- Melaporkan kepada Jawatankuasa Audit UTHM mengenai hasil pengauditan dan memantau tindakan susulan (pembetulan atau penambahbaikan) yang diambil oleh Auditi terhadap perkara yang dibangkitkan serta melaporkan penemuan audit yang melibatkan unsur pembaziran, pemborosan, penyelewengan, penyalahgunaan, ketirisan dan kecuaian.
- Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan membentangkan laporan meliputi Program dan Rancangan Audit Tahunan, Pembentangan Penemuan Audit, Pemantauan Status terhadap Penemuan dan tindakan penambah serta halangan-halangan yang dihadapi dalam melaksanakan fungsi audit.
- Memberi khidmat perundingan mengenai kawalan dalaman terhadap pengurusan kewangan, program, projek, aktiviti termasuk sistem ICT dan keberkesanan pelan pengurusan risiko di Universiti.
- Merekod dan mengemas kini maklumat pelaksanaan pengauditan termasuk sumber manusia dalam sistem elektronik pemantauan audit dalam.
Kemas Kini: 17 April 2025