Pengenalan
Unit Audit Dalam telah diluluskan penubuhannya pada 16 Julai 2001 melalui keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 2 Tahun 2001. Unit ini mula dianggotai pada 01 Ogos 2001 yang bertindak menjalankan pemeriksaan audit dan penilaian bebas terhadap sistem pengurusan kewangan, aktiviti-aktiviti atau program dan operasi di Universiti. Unit ini akan melapor dan bertanggungjawab terus kepada Jawatankuasa Audit dan hal-hal atau urusan yang berkaitan dengan pentadbiran adalah di bawah kuasa Naib Canselor.
Bagi tujuan meningkatkan akauntabiliti Universiti, Jawatankuasa Audit telah ditubuhkan pada 10 Mei 2001 seperti diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 1 Tahun 2001. Fungsi Jawatankuasa Audit antara lain adalah mengkaji rancangan aktiviti Unit Audit Dalam. Selain daripada itu, ianya mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar serta memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga Pengarah Universiti.
Struktur, Peranan dan Fungsi Unit Audit Dalam telah dikaji dari semasa ke semasa tujuan penubuhannya dapat sentiasa dilaksanakan dengan efektif dan berkesan dengan mengambilkira faktor-faktor persekitaran secara dalaman dan sama ada diperingkat institusi, organisi, negara dan antarabangsa. Struktur Organisasi Unit Audit Dalam yang terkini telah diluluskan di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Universiti Bil.1/2025 yang bersidang pada 22 Februari 2025. Penjenamaan semula seksyen auditan sebelum ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan pengkhususan Bahagian Audit Governen, Tata Kelola & Pematuhan serta Bahagian Audit Khas & Pemantauan Berterusan.
Kemas Kini: 17 April 2025