Menentukan tatacara pengurusan dan sistem kawalan dalaman kewangan dan operasi adalah wujud lagi berkesan serta mematuhi undang-undang, peraturan,prosedur,dasar dan polisi yang ditetapkan.
Menentukan pengurusan perolehan, penjagaan,pelupusan aset Universiti dibuat dengan cekap, berekonomi dan mematuhi peraturan prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
Memastikan perancangan, perlaksanaan dan pemantauan semua aktiviti, projek dan program Universiti yang diaudit dilaksanakan dengan cekap, berhemah dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Memastikan sistem maklumat berkomputer dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan serta mempunyai kawalan dalaman yang mencukupi.