Seksyen Audit Prestasi
- Melaksanakan Auditan Prestasi dengan membuat analisa dan pencapaian terhadap penggunaan wang dan lain-lain sumber Universiti melalui ‘Value for Money Audit’ bagi memastikan ianya dibelanjakan atau digunakan secara berhemah, sistematik, cekap, berkesan dan mengikut peraturan / garis panduan.
- Membuat analisa, semakan serta kajian terhadap pelaksanaan program dan aktiviti Universiti yang mempunyai impak kewangan yang besar telah dilaksanakan dengan ekonomik, cekap (efisyen) dan berkesan (efektif) serta dikawal selia bagi mengelakkan berlakunya Pembaziran, Pemborosan Dan Penyelewengan.
- Menjalankan pemeriksaan lanjut berfokus terhadap aktiviti / program yang dikenalpasti berisiko tinggi yang memberi kesan langsung kepada aspek 3E (ekonomik, efisyen, efektif) dan 3P (Pembaziran, Pemborosan,Penyelewengan).
- Keputusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Audit (MJA)
- Isu berbangkit dari Laporan Audit Negara dan Unit Audit Dalamdilapor di MJKA
- Isu-isu yang dianggap kritikal oleh Naib Canselor / PihakUniversiti / JKA untuk diaudit.
- Melaksanakan Audit Pengurusan Kewangan dengan menilai tahap pematuhan (penarafan) kepada peraturan / dasar berpandukan kepada elemen kawalan di dalam Indeks Akauntabiliti Dalam Pengurusan Kewangan yang diterapkan oleh Jabatan Audit Negara melalui aktiviti secara berjadual atau berterusan.
- Last updated on .